Tuesday, 16 October 2012

Muat turun nota sains UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Murid-murid kini boleh memuat turun nota sains pada pautan dibawah supaya dapat memudahkan para pelajar untuk melakukan ulangkaji terutamanya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Pelajar-pelajar boleh mendapatkan nota tersebut di sini.

Kesilapan yang sering calon lakukan ketika menjawab Bahagian B Science


1. Menyatakan pemerhatian yang salah.

2. Salah kenalpasti pembolehubah/variable.

3. Kesalahan menggunakan istilah.Berhati-hati dengan istilah agar maksud tidak berubah.Mentol hidup atau Mentol menyala?

4.Sebab/alasan yang diberikan terlalu umum bagi soalan inferens.

Kurang tepat: Pokok mati kerana tidak mendapat keperluan asas yang cukup.

Tepat : Pokok mati kerana tidak dapat cahaya matahari.


Kemahiran Mentafsir Data

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mari kita teruskan lagi pelajaran hari ini dengan teknik menjawab soalan mentafsir data.Kemahiran mentafsir data ialah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual, carta dan gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu pemerhatian, ujikaji dan pembolehubah.
Berikut adalah kata kunci atau ayat yang biasa diajukan pada soalan berkaitan dengan Kemahiran Mentafsir Data



Berikut adalah contoh soalan dan jawapan untuk menerangkan kemahiran mentafsir data:




Pola / Corak ( buat bacaan pada PB)
Menaik, mendatar dan menurun

Tujuan
Menyiasat hubungan antara suhu dengan bilangan strawberi

Hubungan/Kesimpulan
Semakin bertambah suhu
Semakin bertambah bilangan strawberi, sehingga suhu antara 21 dan 27 bilangan
strawberi tidak berubah, dan menurun selepas suhu 27

Rumusan
Bilangan strawberi paling banyak jika ditanam pada suhu antara 21 ºC hingga 27 ºC.

Meramal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini kita akan teruskan lagi dengan pelajaran seterusnya iaitu teknik untuk menjawab soalan "meramal". Mari kita fahami apa yang dimaksudkan dengan meramal. Meramal ialah menjangka apa yang akan berlaku dengan mengektrapolasikan data yang diberi. Untuk menjawab soalan ini, murid perlu kenalpasti pola / corak data dan menggunakan kemahiran matematik untuk tujuan pengiraan.



Contoh soalan,

Ahmad telah menanam dua pokok cili ke dalam 2 pasu yang berasingan. Pokok Cili di dalam Pasu A telah diletakan di bawah sinaran matahari manakala Pokok Cili dalam Pasu B ditutup dengan sebuah kotak hitam.

Ramalkan apa yang akan berlaku pada Pokok Cili dalam Pasu B selepas satu minggu?

jawapan=layu/mati



Contoh soalan,



Ramalkan suhu air jika 12 ketulan ais dimasukan kedalam bekas tersebut?
Jawapan = 30 ºC (Setiap 2 ketulan ais suhu air akan berkurang sebanyak 5ºC)

Sunday, 14 October 2012

Membuat Hipotesis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah, hari ini kita akan teruskan lagi dengan cara menulis hipotesis. Mari kita fahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan hipotesis. Hipotesis ialahpernyataan tentang sesuatu objek/peristiwa berdasarkan pemerhatian yang berupa penerangan yang mungkin betul atau tidak. Hipotesis juga dibina berdasarkan inferens yang dibuat. Selain itu,hipotesis juga boleh merupakan pernyataan hubungan antara pembolehubah manipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas.


Untuk membuat hipotesis, pelajar perlu Kenal pasti Pemboleh Ubah Manipulasi dan Pemboleh Ubah Bergerak Balas.Lihat CORAK/POLA/BENTUK dari pembolehubah manipulasi(PM) dan CORAK/POLA/BENTUK pembolehubah bergerakbalas(PB).Hubungkan kedua-dua Pemboleh Ubah dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
Sebagai contoh:

Semakin bertambah isipadu air = PM
semakin berkurang suhu air. = PB
Semakin bertambah masa air dipanaskan PM
semakin bertambah suhu air PB
Jika panjang tali bertambah PM
maka nada bunyi gitar berkurang PB
Jika jumlah daun berkurang PM
maka tempoh hayat siput berkurang PB

Saturday, 13 October 2012

Pemerhatian dan membuat inferens

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berikan sedikit panduan atau penerangan kepada pelajar untuk menjawab soalan pemerhatian dan bagaimana cara untuk membuat inferens.Baiklah, kita mulakan dengan pemerhatian terlebih dahulu.

Pemerhatian ialah apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambarajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat. Sebagai contoh,cuba perhatikan gambarajah di bawah.

contoh pemerhatian yang boleh diberikan berdasarkan gambar tersebut ialah
1. lembu A lebih kecil daripada lembu B.
2. lembu B lebih besar daripada lembu A.