Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Baiklah, hari ini kita akan teruskan lagi dengan cara menulis hipotesis. Mari kita fahami terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan hipotesis. Hipotesis ialahpernyataan tentang sesuatu objek/peristiwa berdasarkan pemerhatian yang berupa penerangan yang mungkin betul atau tidak. Hipotesis juga dibina berdasarkan inferens yang dibuat. Selain itu,hipotesis juga boleh merupakan pernyataan hubungan antara pembolehubah manipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas.
Untuk membuat hipotesis, pelajar perlu Kenal pasti Pemboleh Ubah Manipulasi dan Pemboleh Ubah Bergerak Balas.Lihat CORAK/POLA/BENTUK dari pembolehubah manipulasi(PM) dan CORAK/POLA/BENTUK pembolehubah bergerakbalas(PB).Hubungkan kedua-dua Pemboleh Ubah dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
Sebagai contoh:
Semakin bertambah isipadu air = PM
semakin berkurang suhu air. = PB
Semakin bertambah masa air dipanaskan PM
semakin bertambah suhu air PB
Jika panjang tali bertambah PM
maka nada bunyi gitar berkurang PB
Jika jumlah daun berkurang PM
maka tempoh hayat siput berkurang PB
Amat membantu, terima kasih Cikgu
ReplyDeleteSama2
DeleteT.kasih
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, kerana cikgu saya dapat membuat hipotesis yng betul
ReplyDelete👌👌👌
ReplyDeleteTerima kasih sangat2 cikgu! saya dah phm cara nak buat ^o^
ReplyDeleteTerbaik ah cikgu saya dpt buat hipotesis dgn betol ni first timer saya buat hipotesis dgn betol
ReplyDeletemantap
ReplyDelete