Saturday 13 October 2012

Pemerhatian dan membuat inferens

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berikan sedikit panduan atau penerangan kepada pelajar untuk menjawab soalan pemerhatian dan bagaimana cara untuk membuat inferens.Baiklah, kita mulakan dengan pemerhatian terlebih dahulu.

Pemerhatian ialah apa yang diperhatikan dengan menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, bau dan lidah untuk mengesan perubahan keadaan asal lalu dibuat perbandingan terhadap sesuatu ujikaji, fenomena, gambarajah, jadual, graf,carta dan pernyataan ayat. Sebagai contoh,cuba perhatikan gambarajah di bawah.

contoh pemerhatian yang boleh diberikan berdasarkan gambar tersebut ialah
1. lembu A lebih kecil daripada lembu B.
2. lembu B lebih besar daripada lembu A.

Baiklah, sekarang kita akan teruskan lagi dengan bagaimana cara untuk membuat inferens.Tetapi sebelum itu,mari kita fahami apa yang dimaksudkan dengan inferens.Inferens ialah suatu penerangan/sebab yang logik berdasarkan Pemerhatian yang telah dibuat terhadap sesuatu fenomena/peristiwa.

Inferens terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Inferens bebas/tidak terkawal - Sebarang Penerangan/Sebab/Alasan yang logik diperolehi daripada pengetahuan sedia ada, pengalaman lalu, atau pembacaan. Biasanya mempunyai lebih daripada 1 jawapan.

Sebagai contoh

Pemerhatian:
1. Lembu A lebih kecil daripada Lembu B
2. Lembu B lebih besar daripada Lembu A

Nyatakan satu inferans berdasarkan pemerhatian yang telah diberikan.
1. Lembu A tidak mendapat makanan yang cukup berbanding Lembu B.
2. Lembu A baka yang kecil berbanding Lembu B.
3. Lembu A berpenyakit berbanding Lembu B


2. Inferens Terkawal/Jitu – Penerangan / Sebab /Alasan jelas yang telah ditetapkan dengan jawapan yang terhad. Jawapan bagi Inferens Terkawal boleh dirujuk kepada Pembolehubah Dimanipulasi (PM).

Contoh:

Gambar di atas menunjukkan seekor lembu yang diternak dalam tempoh lapan minggu

Pemerhatian
Lembu lebih besar berbanding minggu pertama

Inferens
1. Mendapat makanan yang berkualiti berbanding sebelumnya.
2. Kandang lebih bersih berbanding sebelumnya.
3. Mendapat rawatan penyakit berbanding sebelumnya.

PM(Inferens) merupakan penerangan/punca/sebab terjadinya perubahan dalam PB(Pemerhatian).

73 comments:

  1. Bagaimana ingin membuat inferens untuk haiwan yang hidup bersama-sama dan haiwan yang hidup menyendiri..?

    ReplyDelete
  2. Saya pernah nampak tusyen Cikgu Nizam kat Batu Muda

    ReplyDelete
  3. Mak aii.. susahnye.. upsr.. ni google inferen sbb abak tanye.

    ReplyDelete
  4. Mak aii.. susahnye.. upsr.. ni google inferen sbb abak tanye.

    ReplyDelete
  5. Mak aii.. susahnye.. upsr.. ni google inferen sbb abak tanye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah....adoiii.....sy pun sama...Nk buat inferens kene gugel....

      Delete
    2. Betullah....adoiii.....sy pun sama...Nk buat inferens kene gugel....

      Delete
    3. Aq tanya soalan lain tiba ii lembu pulak naik gila ka paa

      Delete
  6. kalau pemerhatian lain camne pulak?

    ReplyDelete
  7. kalau pemerhatian lain cikgu????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu lah itu pun tak tau hahaha kesian. Bla bla bla. Sorry jika terkasar bahasa

      Delete
    2. Widih mesti sekrg tua sdh

      Delete
  8. Assalamualaikum....klau definisi secara operasi dan soalan hubung kaitkan pula mcam mana cgu?...mohon penjelesan...-Spm 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde gambar, camne pulak inferens nya

      Delete
  9. Tpaksa Google ajar anak..hahha

    ReplyDelete
  10. Tpaksa Google ajar anak..hahha

    ReplyDelete
  11. Cikgu, penerangan cokgu telah memberi saya satu pengajaran atau pengetahuan yang sangat berguna dan baik.

    ReplyDelete
  12. Macam mana nak buat inferens bagi pembiasan cahaya

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.. Sangat bermanfaat.. Anak saya dapat memahami konsep pemerhatian dan infrens dengan jelas.. Tahniah n terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  14. Cikgu, macam mana dengan membina hipotesis untuk soalan 10 eksperimen Sains Ting 4/5. Bolehkah salin saja pernyataan utk dapat markah (bagi pelajar lemah) dlm SPM?

    ReplyDelete
  15. Perbezaan antara inferens dan ramalan?

    ReplyDelete
  16. Malaysia ni dah miskin bahasa sangat dah agaknya sampai kena pinjam bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  17. Ok cikgu nizam thanks sbb contoh ii inferens yg cikgu share tips ii cm mna cara nk buat tu

    ReplyDelete
  18. Terima kasih cikgu,ini boleh menambahkan ilmu pengetahuan dalam akal saya cikgu.Cikgu memang terbaikπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  19. Cikgu macam mana buat pemerhatian tentang berudu

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah..... Mason back Ada blog ni

    ReplyDelete
  21. Apa nama penuh cikgu nizam..saya nk jdikan sbg sumber rujukan

    ReplyDelete
  22. Cikgu mana pula saya nak buat hipotesis πŸ€”

    ReplyDelete
  23. Camne nk buat inferens ttng mengkaji kepentingan kelenjar pankreas dlm 2 ekor tikus??please reply..

    ReplyDelete
  24. apa dia pemboleh ubah bergerakbalas dalam ni ye ?

    ReplyDelete
  25. Nak tanya macam mana nak buat dua pemerhatian berdasarkan carta palang?

    ReplyDelete
  26. Terima kasih sangat2 , membantu sangat2

    ReplyDelete
  27. πŸ‘️πŸ‘„πŸ‘️🀯 faham dah

    ReplyDelete
  28. Replies
    1. ape yang tak faham lol . dm instagram aq @muslimorthodox

      Delete
  29. Ini kisah lain😒saya punya kerja yg latihan modul tingkatan satu bab6 muka surat172 dan173 boleh tk bg contoh jawapan inferen eksperimen tu

    ReplyDelete